RSS

Thursday, July 24, 2008

Kerna Dikau...

Kerna sayang
aku menjauhimu...
Kerna kasih
aku membiarmu sendiri...
Kerna rindu
aku cuba melupakanmu...

Tak sanggup lagi
biar diri dihina begini...
Walau sejuta langkah ku pergi
Pedihnya menghiris hati
Bagai sembilu kaca berbisa...

Peliknya, Zay. Xde keje sebenarnya. Kan tak lama lagi Minggu Citra Budaya(MCC) yg dianjurkan Malay Cultural Club(MCC). Saje nak cube2. Aku memang xde bakat, X SESUAI! Susah kan kalau orang yg xphm diri sendiri.. Susah lagi bagi orang yg terasa hidupnyer kosong... Hidup ni hanya persinggahan, make use of it. K, chow! Rindu kat my cousin. Iffat, Along rindu kat hang!!!

Sunday, July 20, 2008

Tamparan Hebat!

Pagi tadi, dalam dok kelam kabut membasuh, mengemas chaletku tersayang, satu SMS sampai yang menyatakan sesi usrah pagi ni akan bermula pukul sepuluh nanti yang diconduct oleh Kak Syidah yang comel. Cepat2 siapkan kerja n sambil menunggu mereka sumer sampai coz sesi kali ni akan diadakan di chaletku.

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan bacaan surah dan kali ini, kak KD memilih sSurah Al-Qaria'h sebagai pembuka tirai. Setelah ditafsirkan ayat-ayat suci tersebut, Kak KD menceritakan apa sebenarnya yang disampaikan oleh ALLAH kepada hambanya. Surah ni bermaksud "Tamparan yang hebat di hari pembalasan". ALLAH menguji hamba-hambanya, adakah kita tahu apa itu sebenarnya hari pembalasan, apa yang ada di sana, ke arah mna kita nanti. Tiada apa yang kita tahu. Hanya ALLAH yang maha mengetahui.

Lepas tu, Kak Syidah tanya kami pasal Abu Ayub Al-Ansari. Jujurnya, nama tu pernah dengar tapi x pernah nak amik tau pon siapa sahabat nabi ni. DIa adalah orang terpilih yang ALLAH telah tetapkan di mana sewaktu penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah, Baginda tak ada rumah dan semua berpusu-pusu nak menumpangkan nabi di rumah mereka tapi baginda menjawab, "Biarlah unta ni berhenti di mana ia mahu berhenti." Unta tu penat dan berhenti di depan rumah Abu Ayub ini. Abu Ayub dan Ummu Ayub mahukan Baginda tidur di atas tapi Baginda taknak. So, kalau nak jalan diorang kena jalan pelan2 n kat tepi je sebab takut Baginda terjaga. Satu hari tu, ari tumpah n rumah tu dari tanah liat, so ia akan menyerap air n akan menimpa Baginda. Mereka hanya ada satu kain selimut tapi sanggup kesejukan hanya kerana tak mahu air tu tumpah atas Baginda.

Betapa tertib n hormatnya diorang kat Nabi Muhammad. Kita sekarang ni, dah lah tak berpeluang berjumpa ngan baginda tapi masih tak sedar2 diri lagi. Hisy3... Insaflah, Zay. k la, chow dlu... Rindu kat senior....:-(