RSS

Thursday, December 17, 2009

My first muffin...Salam maal hijrah~~~


Salam alaik semua...

Hati berbunga riang sebab first time buat muffin. Sambil dihiasi snow shower di luar. Huhu... Baking is not my speciality. Kalau raya, saya tukang bentuk2 je kuih2 raya itu. Yang lain Mak Teh yang buat. Pernah buat brownies tapi beli yang segera dan tinggal tambah minyak, telur dan mentega je. Q yang ajar.(Qurratul Aini nak pergi Mesir xajak ek??!!)

First Batch~

Closed up!

Banyaknya....

Ni bukan laptop saya ye~Kak Nida punyer..

Thanks Kak Nida Fatin sebab ajak kita buat muffin daripada membuang masa dengan benda2 yang tidak berfaedah. Muffin2 ni insyaALLAH akan dibawa dan dijual di PMS sisters in Loch Lomond pada 20hb Dec ni. Bagi saya personally, ini merupakan peluang untuk saya membina peribadi dan memantapkan skill memasak saya. Huhu... Seorang muslimah pelajar tak boleh la asyik duduk depan buku je. Semua aspek mesti dikuasai. Sebagai khalifah di bumi ALLAH ini. Bak kata orang kampung saya, all-rounder.


Ni yang plain nyer~~lagi sedap kot...



Oh, sebelum terlupa, selamat menyambut Maal Hijrah~~~ Rindunya yang join perarakan... Kecil2 dulu selalu juga join. Budak lagi... Harapnya, kita bolehlah mengambil iktibar daripada kisah hijrah Rasulullah. Bukan perkara kecil. Andai punya masa, lawatlah laman ini. Harap dapat manfaat daripadanya.

Wassalam~

Friday, December 11, 2009

Thanks to HIM n her~~~

*Dipetik dari discussion dalam iluvislam forum

Para fuqaha’ sejak dulukala (bila Birthday Nabi saw (Maulid) disambut bermula abad ke 4H), tidak sepakat mengenai hukum birthday: ada yg keras mencegahnya dan ada yg mengharuskan kerana ia adat sahaja.

Kami memilih pendapat Prof Dr al_Imam Abdallah Yusof alQaradawi dari Dhoha, Qatar, mujtahid yg masih hidup dan menyaksikan karenah birthday ini (Islam Online):

Dr Qardhawi menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia tidak significant kerana peningkatan umur bukanlah suatu yg ganjil dan luarbiasa atau suatu achievement yg sukar diperolehi. Lebih dari 6 bilion umat manusia meningkat umurnya saban tahun dan ia bukanlah suatu yg perlu disambut kerana peningkatan umur ini terlalu rutin dan proses tabi’iy saban tahun sahaja.

Lazimnya kita membuat kenduri atau sambutan kesyukuran bila kita dapat mencapai sesuatu kejayaan yg jarang2 dicapai oleh orang lain. WaLlahu a’alam

P/S: Birthday dibawa masuk oleh Kerajaan Fatimiyah di Egypt pada abad ke 4 H dan kemudian di Iraq (Mosul) oleh Syaikh Umar bin Muhammad bin Malla. Buku Maulid yg pertama dikarang oleh Hafiz bin Dahiya dgn jodol atTanweer fi Mawlidil Basyirin Nadzir. Maulid (Birthday) ini kemudian disambut oleh sultan dan pemerintah dan akhirnya umat Islam semakin menjadi-jadi menyambut upacara ini (Prof Syurbasyi, yas-aluunak)


^^^
mak slalu cakap......hari lahir tu...kena sayang mak byk2 sbb tanpa mak kita tak lahir hari tu...grinsambutan tu...utk menyatakan rasa syukur kan...

****
Ini kali kedua berada berjauhan dari keluarga tersayang di malam ulang tahun kelahiran. Pertama kali di matriks dahulu... Biasanya, mak akan bawa ke taman permainan kegemaran di Taman Jubli Perak, Sg Petani. Berjalan-jalan... Ini cara kami meraikan tarikh ini... Tiada yang berbeza setiap tahun.. Malam ni, tanpa mak di sisi, seorang manusia mulia yang melahirkan diri ini. Rasa lain, perasaan yang tak dapat digambarkan.

Teman2 wish melalui facebook, ym, skype...Dapat mesej by phone.... Jazakillah everyone.....

"Hapy bday kakzay! may u b hapy.May ur days b bright.may ur burden comes light.may u always kno,how grateful i am to hve here,as my big sister.may Allah bless u kakzay.love u!Xoxo"

"Salam zay.happy birthday!may Allah bless you always."

"Salam,happy birthday ukhti..:-)may ur life always b guided by Him.. Btw,dont 4get to thnx ur mom 4 dis special day!"

Terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan mereka ini dalam hidupku. rasa terharu yg amat sangat. Please guide me, O Lord~~

Call mak...

"Selamat hari lahir!"

"Assalamualaikum, mak..."

""Waalaikumussalam... Sihat?"

"......."

Oh, mak yang saya cintai... Bagaimana anakmu ini boleh terfikir utk stay di sini summer nnt?!! Kejamnya saya pada dirimu dan diri ini.

Don't know what to say anymore...

P/S: Thanks Hanis, Kak 'Aqilah n Kak Nida... May ALLAH bless all of U, always~





Thursday, December 3, 2009

Setelah dia pergi..

Teacher Wahidah dan arwah Nabil








Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, November 22, 2009

After 3 months....


I don't have the courage to talk about my family, especially my mum when my friends and I hang out together, having lunch. It's has been 3 months since I arrive here. 3 months before I fly, I always with my mum, with my naughty little brother... We are always together... Right now, I really miss them... I never been like this before. I really hope I can control it. My luvly frenz, when we will meet again...


Mak n Abah Mak Tam n Iffat
Mariam n Abyan

Q n Durga Naqiu n Q

Addin Ibie
Abiq Zahirah




MiSs U All so MuCh!!!!

Tuesday, November 3, 2009

a 'letter' from HIM

Last Sunday(1/11/09)
9.15a.m.(di rumah)

"Ami, ko ok ke? Nak pinjam payung sesiapa ke? Sorry le ak xde payung..."

"Eh, xpe2. Boleh tahan lg. Ko le Zay, nnt ko balik basah kuyup lak."

"Aku ok je."

*****

9.45a.m.(dekat Clock Tower)
"Salam 'alaik... Please take this," say a stranger dan saya pon sebenarnya takut bile tetiba dia approach kami. Sekeping kertas putih dihulur... Saya ignore dan terus menuju ke St. Margaret Bus Station.

Tadi(3/11/09)
3.35p.m.(dlm supervision MA1011)
"Then, what you need to do is...."

Berangan jap.

Bukak pencil case.

~~~

"Call to the way of your Lord with wisdom and preaching:nAn argue with them in ways that are best and most gracious."(16:126)

"Let there arise out of you a group of people inviting to all that is good, Enjoining Al-Ma'roof(i.e. Islamic Monotheism and all that Islam orders to do) and forbidding al-Munkar(polytheism and disbelief and all that forbidden). And it is they who are successful."(3:104)

"And who better in speech that he who invites to God and does righteous deeds, and says 'I am one of the Muslim.'"(41:33)

After accepting Islam it becomes incumbent for a believer who has knowledge of one verse of the Holy Quran to propagate Islam to non-believers.

We are looking for brothers and sisters who are keen to give their time in propagating Islam to non-believers. By joining you will be required to stand on stalls located at different locations earmarked within the city, handing out literature, engaging in dialogue and reminding people of God and our duties to HIM and the whole of mankind. You may also be required to visit people door to door.

We are intending on organising a course on "How go give da'wah" and also have an extensive range of literature covering many topics addressing the concerns of non-believers ( this will all be free of charge).

If you work in an environment surrounded by non-believers, this would be a perfect opportunity for you to engage yourself in inviting them to our beautiful way of life Al-Islam.

Do not be shy!

Is it not selfish having faith and not sharing it with non-believers whom we share every other idea with except Islam? We will be questioned and they will also argue and blame us for not inviting them to Islam in front of our Creator.

How will you defend yourself?

It is expected that all Muslim brothers and sisters give some time to this project as we are the ambassadors of Islam and have been given the job of the prophets. It's our responsibility to invite others to their Creator and spread the knowledge of Islam.

details:...

******
Sekarang(11.30p.m.)
PS:You know what, I have to start it know... Let us!

Friday, October 30, 2009

Ummi...Abi...

Rindukannya~~~






Wednesday, October 21, 2009

HACKED!!

Yahoo account saya kena hacked!!!

Kepada sesiapa yang dapat email pelik yang tak masuk akal yang bertajuk, "It's very urgent!!", please please please ignore it. Saya sampai sekarang tak dapat masuk account saya sbb yahoo block. For security reason. Sapa yang nak baca email, saya ad letak kat bawah... Sori ek Kak Fatin, Kak Sha, Lili tai...InsyaALLAH esok boleh bukak account tu..Nnt saya update ek..

"Am in a hurry writing you this note,Just wanted to seek your help onsomething very important, you are the only person i could reach atthis point, and i hope you come to my aid. Because something veryterrible is happening to me now,i need a favor from you now,I had atrip here in UK on a mission.Unfortunately for me all my money got stolen on my way to the hotelwhere i lodged along with my bag were my passport was ,And since theni have been without any money i am even owing the hotel here.So i have limited access to emails for now, please i need you to lendme about 1300Pounds so i can make arrangements and return backplease,i have spoken to the embassy here but they are not respondingto the matter effectively, I will return the money back to you as soonas i get home, I am so confused right now.I will be waiting to hear from you.

Huzayfah Hafas"

It's absurd!!!

Sunday, September 20, 2009

Raya..Raya..Raya!!!

Hari2 yg dijalini sgt memenatkan..Mana x nye,nk buat kuih, nk jahit baju, nk shopping brg2 utk blaja.. ni nasib tgh dlm stage blaja lg...nnt kalau dah berkerjaya, berkeluarga, mcm mana la gayanya...

Ramai yg hantar mesej raya tapi xberbalas pon..Sori sgt2...Saya ni memang malas klu nk berSMS ni..klau call lg senang...

****
Seputih hati sebersih nurani,
Tersusun jari menyici diri,
Moga ikatan persahabatn terus bersemi,
Salam aidilfitri tulus dari hati...
Maaf zahir batin.:-)

-0173041655-


Pelita dipasang penaik seri,
Ramadhan diganti Si Aidilfitri,
Mesej pendek pengganti diri,
Tanda dirimu sentiasa diingati..
Selamat hari raya, maaf zahir & batin.

-Lya Wani KPM-


Berjalan-jalan di tepi muara,
Di tepi muara ngendap anak dara,
Gua tau gua dah buat korang jadi gila,
Sebab gua ni kacak gila,
Malah bergaya tapi kurang kaya,
Janganlah korang berangan dapat duit raya.
Ingatan ikhlas dari Saufi yg kacak tapi x gila..

-Saufi Jet's-


Salam aidilfitri 2 u n ur family..
may diz syawal brings happiness 2 ur life..
maaf zahir je..batin xde kot;-)
njoy!

-Yorke, isteri & anak2-


Salam hari raya.
Sepuluh jari ku susun meminta ampun
andai ada salah dan silap.
Semoga bergembira dgn keluarga tersayang.

-Farquar Haqqani-


Selamat hari raya!!
Maaf zahir batin!
Enjoy ur raya!:DD

-Naqiu-


BiLe RaYa line bz gila,
Ms 2 maKi pUn xguna,
MaXiS,clcom,DG, sumENye sma,
Org BJak xYah tgGu raya,
Ucap pN leh ape!
SELAMAT HARI RAYA,
Maaf zahir & batin. ;-)

-0176096217-


Selamat
Hari Raya
Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.

-Farahani-


****

"Selamat menyambut hari raya Gak teman2!!"
Kepada nombor yg xdpt dikesan 2, bukannya saya xsimpan, henset ku rosak, so guna 3310 n nombor yg disimpan dlu semua ditulis dlm kertas yang dh dipack dlm beg besar...huhu..
Sori la ye..nnt saya track blik..

Hari ni puas beraya ngan family.Semua makcik pakcik yg 13 org tu ad...suka sgt2...bila diorang tahu saya nk ke UK, diorang semua nk ikut menghantar ke KLIA. Mcm mana le keadaan kat KLIA nnt, dgn 95 dak PKM, family saya je dah 4 kereta...Musykil2...terima kasih semua...

Semoga perjalanan kami semua berjalan lancar...


P/S:Abang Adam xblik Kedah ke??? ;-(


Thursday, August 27, 2009

Ngapuro...

Saya nak mintak maaf pada semua... Banyak salah saya dan saya dengan rendah hatinya meminta maaf. Harap semua dapat memaafkan saya.

Aku jalok ngapuro sing akeh-akeh...

*Takdir yang ditetap, tiada siapa yang tahu~~

Thursday, August 13, 2009

Tukar : Maxis -> Celcom

Salam kpd teman2...

Syarikat telekomunikasi nombor telefon tangan saya sudah bertukar dari Maxis kepada Celcom. Maaf sekiranya saya telah menyusahkan sesiapa. Nombor tetap sama.

Terima kasih.

Thursday, July 16, 2009

Pergi yg takkan kembali

"Assalamualikum,teman2 sekalian...Sahabat kita, Muhammad Nabil bin Marwan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11.40pm. Sama2lah kita menyedekahkan al-fatihah kepadanya. Semoga rohnya aman di sana..."-02/07/09-

"Perginya sebutir permata meninggalkan kita... Insaflah wahai diri... Sesungguhnya mati itu pasti dan hanya DIA yang tahu..."

Syukran, Aimi Nabilah.

"ALLAH lebih sayangkan dia..."

Thanks Lili...

Monday, June 1, 2009

Info terkini 2 Ex-SBPIJ

Salam...

Buat ex-SBPIJ, Nabil dah disahkan kena barah darah..

Sama2 kita doakan kesejahteraan beliau...

Salam~

Saturday, May 30, 2009

Wahai Jiwa Yang Tenang~~~


P/S:Post ni diambil dr blog teman saya, Syaidatul Syakila yg berada di Cairo. Harap kita sama dpt manfaat drnya. Tq, Akie!!! [link]

********
Assalamualaikum wbt.

Allahu akbar,Allahu akbar!


Kedengaran laungan azan subuh berkumandang. Memuji-muji nama Tuhannya dan memanggil-manggil hambaNya untuk menunaikan kewajipan yang satu itu. Sumayyah memejamkan matanya menghayati setiap bait kalimah suci yang dilaungkan oleh mu'azzin sambil mulutnya terkumat-kamit menjawab azan.


--Sabda Rasulullah s.a.w :“Apabila kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh muazzin itu sendiri.”--


Azan yang kedengaran dari masid-masjid yang jarak antara satunya tidak kurang dari satu kilometer menggemakan ruang angkasa. Dia seperti tenggelam di dunia sendiri. Menghayati ketenangan subuh nan hening.


Assolatu khairu min al-naum..Assolatu khairu min al-naum..


Matanya tercelik. Ya, solat itu lebih baik daripada tidur. Bangkitlah! Bangkitlah semua! Bangkitlah demi meramaikan masjid-masjid dan berjemaah. Agar musuh-musuh Allah gerun dan gentar melihatmu yang bersusun elok berbaris-baris di dalam saf. Simbolik kepada kukuhnya benteng Islam oleh para mujahid yang merindukan syahid yang abadi. Yang mendamba syurga-Nya yang cantik menghijau dan mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan bidadari-bidadari yang bermata indah laksana mutiara yang tersimpan baik.


--"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikn zakat dan tidak takut (kepada apapun) kecuali Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk" (at-Taubah : 18)--


--Ibnu Abbas r.a. berkata: Barangsiapa mendengar suara muazzin, sedangkan dia tiada menjawabnya (menurut pergi sembahyang berjemaah), nyatalah ia tiada mencintai kebaikan, dan tentu sekali kebaikan juga tidak akan mencintainya.--


Allahu akbar, Allahu akbar!
Laa ilaha illallah..


Sumayyah menadah tangan berdoa.


--“Ya Allah, Tuhannya doa yang sempurna ini, dan juga solat yang berdiri ini. Kurniakanlah Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji (Maqam Mahmud) yang Engkau janjikan baginya.”--


Dia kemudian bangun menunaikan solat sunat qobliyah dua rakaat. Solat sunat yang lebih baik dari dunia dan seluruh isinya. Memohon dalam doanya agar hari-hari yang dilaluinya setenang subuh yang penuh dengan rahmat Al-Mutakbbir.


"Sudah siap semua?," Atiqah sahabatnya bertanya pada ahli beitnya yang lain. Sejadah-sejadah yang siap terbentang menanti dahi-dahi yang akan bertemu dengan mereka ketika sujud.


--“..Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keredhaan-Nya. Pada wajah mereka tampak tanda-tanda bekas sujud..” (al-Fath: 29)--


Mereka bersiap sedia untuk berjemaah bersama seperti lazimnya.


--Sabda Rasulullah s.a.w :“Sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang bersendiri dengan 27 darjat.”--


Atiqah melantunkan iqamah sementara yang lain bersiap siaga berdiri dengan betul untuk menunaikan solat.


"Allahu akbar!"


Sumayyah mengimami dengan tetib. Selepas Al-Fatihah dibacakannya surah as-Shams pada rakaat pertama seperti mengalu-alukan kedatangan mentari dan siang. Suaranya gemersik, bacaannya sungguh mengasyikkan. Tajwid dan tartilnya sempurna. Mendamaikan jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Hatinya penuh khusyuk menghayati bait-bait kalamullah yang agung.


"Assalamualaikum warahmatullah.."


--"Sungguh beruntung orang-orang beriman. (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya" (al-Mu'minun : 1-2)--


Mulutnya terkumat-kamit beristighfar selepas menyudahkan salam. Sumayyah mengimami bacaan ma'thurat yang mereka lazimi setiap hari seusai solat subuh dan solat asar.


--"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada malam hari dan setiap selesai solat " (Qaf:39-40)--


Sumayyah membacakan doa. Biarpun dalam bahasa arab, bacaannya penuh khusyuk dengan penuh pengertian dan pemahamam terhadap apa yang diminta pada Rabbnya. Sebak mencengkam dada setiap jemaah. Dan Sumayyah tetap kalah dengan airmatanya.


"Taqabbalallahu minna wa minkum. Taqabbal Ya Karim.."


Mereka bersalam dan berpelukan sambil doa meniti di bibir-bibir mereka.


"Allahumaghfirli zunubi wal li ukhti. Wahai Allah, ampunilah dosaku dan saudaraku"


Sumayyah mencapai mushaf coklat kesayangnnya. Diselaknya pada mukasurat yang berpenanda. Salah satu surah kegemarannya yang acapkali dibaca setiap pagi. Surah ke 89, Surah al-Fajr.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1.Demi fajar.

2.Demi malam yang sepuluh.

3.Demi yang genap dan yang ganjil.

4.Demi malam apabila berlalu.


Bacaannya seiring dengan kicauan burung yang mula keluar mencari rezeki. Hatinya rasa tenang.

Ayat-ayat terakhir surah al-Fajr dibaca berulang-ulang kali.

27.Wahai jiwa yang tenang! 

28.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.

29.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu.

30.Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.



Wahai jiwa yang tenang!

Hatinya bagai terusik tatkala membacakan ayat ini. Seolah-olah dipanggil dengan penuh kemesraan. Memanggil-manggil hamba-Nya yang tenggelam di lautan cinta-Nya dengan penuh keredhaan. Adakah dia turut terpanggil?


Wahai jiwa yang tenang! 

Tenangkah jiwanya?

Tenangkah jiwanya tatkala berdepan dengan qada' dan qadar Rabbnya.
Tenangkah jiwanya tatkala diuji dengan kesusahan dan kesempitan.
Tenangkah jiwanya takala diuji dengan kesenangan dan kenikmatan.
Tenangkah jiwanya tatkala diuji dengan kekecewaan dan kegagalan.
Tenangkah jiwanya tatkala diseru untuk menunaikan kewajipan yang terpundak di bahunya.
Tenangkah jiwanya?


Wahai jiwa yang tenang!

Yang sentiasa redha akan ketentuan Al-Qahar..
Yang sentiasa yakin akan janji-janji Ar-Rahman..
Yang sentiasa berteduh di bawah lembayung Ar-Rahim..


Wahai jiwa yang tenang!

Yang sentiasa teguh iman dan ketaatannya pada Al-Khaliq..
Yang sentiasa bergantung harap pada Al-Muhaimin..
Yang sentiasa merindui syurgaNya yang di bawahnya mengalir sungai-sungai..
Syurga yang menjanjikan ketenangan yang takkan pernah padam..
Syurga yang akan kekal di dalamnya selama-lamanya..


Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya..

Sodaqallahul azim..


Friday, May 29, 2009

Doakan Muhammad Nabil bin Marwan~~~

"Assalamualaikum...utk pngthuan,shbt kte nabil
 kna chikungunya. hr 2 da kuar hospital tp skg ni kna
 serg blik,bdn pns n drh kuar dr telinga.sama2 kte
 doakn..4wd.."

2 sms saya dpt dr 2 teman di SBP Integrasi Jempol. Hilang terus mamai. Nabil... Muhammad Nabil bin Marwan. Kami sekelas dulu time form 4. Dia dr SMA Sg Haji Dorani(SAMJIDO) n saya dr SMKASL. Dekat tp xpernah kenal. Time daftar dlu, rupa2nya ayah kami kenal. Duduk Sabak Bernam tp jumpa di Negeri Sembilan.

Nabil memang seorang anak murid yang baik, teman yang penyabar n pemimpin yg sgt disegani di sek. Xpernah ad benda buruk pasal dia keluar dr mulut bdk sek kami. Dia amatlah terror BAT, PQS n PSI. Apa2 je, mesti rujuk dia. n dia JAWA!!!(tetiba) Dia Ketua Pengawas. Wakil sek PING PONG, BADMINTON, NASYID n TILAWAH AL-QURAN. N terror giler main tennis.

Okay, stop pasal dia. Ingat lagi kat sekolah time satu kelas dgn dia. Saya duduk sebelah Aimi Nabilah, Nabil duk sebelah Ahmad Fitrie,my best fren. Saya, Nabil dan Fitrie jawa, Aimi banjar. So, kalu kami 3 org ckp jawa, Aimi terpinga2 sorang. I miss them. Diorang semua kat UIA. Aimi n Nabil bru keluar dr Darul Quran.

Tak sedar bila terlena.

And, tak sampai 10 minit td, smpi lg satu mesej,

"updte - nabil skrg dkuarntin.pnykt xtau lg.tp
suspek anemia.td dia bru bg kbnrn utk doktor ambk
air tulg blkg.mgkn isnin bru dpt buat n tau pnykt
sbnr.buat mse skrg mata dia kabur n dpt cam pd jrk
5-7cm je.die bleh ckp n ingt ap yg blaku.sblh bdn xleh
gerak,tp dpt rse ble sentuh.mntk smue doakan
kesejahteraan nabil...(info dr khairul asyraf)"

Rasa insaf bertimpa2. Harapnya sesiapa yg membaca blog ni, mintalah sama2 doakan untuk kesejahteraan dia. Mungkin dialah di antara yang bakal pendukung Islam di akhir zaman ini, demi memartabatkan Islam di muka bumi ini.

Ya ALLAH, KAU berikanlah yang terbaik untuknya.
 
Form 4

Form 5

*Terngiang2 nasyid doa rabitah hati yang sering dialunkannya di surau SBPIJ.

Wednesday, May 27, 2009

Muhasabah Cintaku


Salam 'alaik...

Malam ni nak tidur awal. Nawaitu... Menjadi kebiasaan sebelum tidur, playlist yang ada di handphone dibuka. Diputar lagu2 yang ad secara rambang. Musim exam ni, hati cepat je terusik. Kadang tu, orang bergurau pun cepat terasa. Tiada sakeenah lagi.
Wahai Pemilik Nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMU

Tuhan baru kusedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini huharapkan CintaMU

Kata2 cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir2 cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Ilahi
Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMU



Tersentak seketika bila mendengar lagu ini. Rasa kerdil yang teramat. Seorang sahabiah yang memberikan 'Muhasabah Cinta' ni ketika Daurah yang lalu. Pertama kali dengar setelah 3 minggu diperap dalam handphone. Bila dikenang kembali, banyak kaitannya lagu ini dengan diri ini. Daurah yang lalu juga berkaitan dengan lagu ini.

Kami bersama2 menyelami Surah Al-Kauthar(108:1-3), surah yang menjadi pilihan ramai ketika solat. 

"Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak (1)
Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH) (2)
Sungguh, orang2 yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat ALLAH) (3)"

Mentafsir ayat yang pertama, suatu persoalan telah dikemukan oleh seorang muallaf. 


"Apa nikmat yang telah diturunkan ALLAH kepada Nabi Muhammad sedangkan Baginda dahulu selalu ditentang, dipulau, dihina oleh penduduk Makkah. Sedangkan pernah sahabat melihat keadaan usang rumah Rasulullah yang bersaiz 12" x 16", yang tidurnya hanya berlapikkan pelepah daun nipah sedangkan Baginda mampu. Baginda membalas, "Aku takut ALLAH menyoalku, 'Berapa jam engkau tidur?'" Nabi ALLAH ini takut terlepas bangun malam sujud kepada Ilahi. Apa nikmatnya hidup sebegitu???"

Muallaf itu yang ketika itu berada di Masjid Nabawi tertidur sebentar di tiang berhampiran makam Rasulluh bermimpi melihat keadaan rumah Baginda di zaman dulu. Baginda yang sedang duduk tahiyyat akhir, memberi salam dan pusing melihat Muallaf yang sedang terpaku. Baginda tidak senyum, tidak masam, biasa. Tetapi, gambaran wajah Baginda membuatkannya faham akan maksud nikmat yang ALLAH sebutkan dalam ayat pertama surah ini. Air matanya menitik dan beliau terjaga dari lena yang ALLAH berikan.

Apa nikmat itu?

Nabi ALLAH itu diberi PERASAAN nikmat. Perasaan. Jiwanya yang merasa nikmat. Rasa nikmat iman, rasa ingin berkorban. Sifat Qana'ah yang ada, merasa cukup sentiasa. Itulah nikmat yang ALLAH berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Bila ketakwaan di hati, insyaALLAH akan merasa nikmat itu. Sama2lah bermuhasabah sebelum nikmat2 yang ada ditarik.


*Gambar hanyalah selingan...
Moga mendapat iktibar.

Saturday, May 23, 2009

Hijrahkanlah diri ini...

Permaidani - Aris Ariwatan




Rimbunan redup kasihMU
KAU tempatku berpayung
di manakah lagi
dapatku rebahkan 
rasa gundah ini

nun KAU teguh di sana 
pengasih dan penyayang
pun kumasih terleka
meneguk ihsanMU
waluku sedari

oh nyamannya 
bila di pelukan rindumu
mengimbaulah sentosa

rentangkan ku permaidani
dari baldu berwarna putih
moga takku terasakan 
cubaan yg kugalas ini
kepadaMu titianku
hijrahkanlah diri ini

nun KAU teguh di sana 
pengasih dan penyayang
pun kumasih terleka
meneguk ihsanMU
waluku sedari

oh nyamannya 
bila di pelukan rindumu
mengimbaulah sentosa

rentangkan ku permaidani
dari baldu berwarna putih
moga takku terasakan 
cubaan yg kugalas ini
kepadaMu titianku
hijrahkanlah diri ini


P/S: Lagu ni byk makna tersirat...

Saturday, May 16, 2009

KPM Students => Happy Teacher's Day

Salamálaikum...

Bersempena Hari Guru yang disambut di seluruh Malaysia. Saya ingin mengucapkan

"SELAMAT HARI GURU
Semoga diberkati di dunia dan di akhirat, wahai GURU2 sekalian..."

************

Buat Pelajar2 tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia pula(xkira di mana jua),

Yang berada di dalam musim peperiksaan, lakukan yang terbaik. Ingat kembali matlamat kita! Kitalah bakal pendidik di masa hadapan. Banyak yang perlu persiapkan bagi mendidik anak2 bangsa yang semakin cerdik. Jangan cepat putus asa. Sekarang kita sedang bertarung dgn paper A level, belum lagi cabaran2 di luar sana, di sekolah2 yang menempatkan pelbagai ragam murid2 yang sedang menunggu kita. Kita boleh buat. Buktikan budak2 KPM bukan seperti yang orang katakan!!! Buktikan! Inilah masanya, teman2.

Bagi full-time Muslim n part-time teacher, this is our chance to fullfil our objectives live in this world. Beribadat kepada ALLAH dan menjadi KHALIFAH di muka bumi ini. Matlamat kita adalah DAKWAH, agar ramai lagi yang mengenal ISLAM kaffah. Kita yang bakal membentuk INDIVIDU MUSLIM, seterusnya BAITUL MUSLIM, demi mencapai USTAZIYATUL ÁLAM!!! Berusaha sehabis daya. Serahkan segalanya pada ALLAH!! Semoga ALLAH permudahkan urusan kita hendaknya. Amiin...

Akhir kata,

"CHIAYOKKK!!!!!"

Thursday, May 14, 2009

Menumpang Kasih Ibu Kucing

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Balik dari kelas Physics, singgah di cafe sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Admin. Berniat untuk mengambil kotak kosong.

"Kesian Muffin, X pasal2 xde laci."

Sampai chalet, bersiap apa yang patut. Terus menuju ke chalet sebelah.

Meow...meow... Ibu ada kat sebelah, menguis-nguis pintu chalet Muffin.

"Assalmualaikum..."

"Kak Zay, kenapa?" jawab Muffin. Ibu terus masuk dalam chalet.

"Muffin, akak bawak kotak. Kamu mesti nak guna balik laci 2. Akak nak masukkan anak2 dlm kotak ni." 

Kami terus menuju ke arah kucing2 itu. Setelah selamat dipindahkan, tibalah masa untuk merawat luka di kepala ibu. Kesian ibu, dia terluka waktu bunting. Nasib tak gugur. Lepas tu, buat susu untuk ibu, nanti ibu nak bagi anak2 minum susu pula.

Anak2

Mulanya, ibu tak nak minum. Tak lama kemudian, ibu terus menghabiskan susu tersebut. Kesian ibu, lapar. Ibu masuk dalam kotak terus membaringkan diri bagi memudahkan anak2 menghisap susu. Sangat prihatin. Mereka sudah selamat. 

Tiba2, guruh berdentum kuat. Si ibu yang baru mula terlena bersama cahaya matanya tersentak. Anak2 mula mengeow ketakutan. Si ibu terus memeluk anak2nya. Terasa begitu terharu melihat adegan2 tersebut. Tak sedar air mata dah bergenang. Mungkin terlalu rindu dengan mak di kampung.

Kasib ibu

"Ibu, saya tumpang kasih ibu kat sini ye."

Si ibu mengeow seperti mengiakan apa yang saya katakan sebelum tertidur kembali bersama anak2nya. Biarlah dingin petang ini mendamaikan hati sebuah keluargamu, ibu.

Friday, May 8, 2009

~Monolog~


"Aku dan dia,
diintai sang kumbang setia,
kerana lumrah menjadi sang bunga,
menarik dan mempesona.
ANTARA DUA BUNGA REBUTAN
Inginku menjadi sang mawar di taman,
cantik menawan,
duri berceracakan,
bukan sang dedap di hutan,
meskipun indah luaran,
baunya tidak tertahan."
-Monolog Layyinul Harir-

***************************************************************************

"Hargai apabila berdua,
Sayangi apabila bersama,
Maafkan apabila terluka,
Rindui apabila jauh di sana,
Fahami apabila berprasangka,
Ingati saban ketika,
Kerana ALLAH kasih tercipta."
-Asiah Yusra-

***************************************************************************

"Janji yang terpateri,
akan kubawa meniti hari,
walaupun peritnya tak tertanggung kuhadapi,
lantaran jalan hidup ini terlalu berduri,
pernah hampir kukuburkan janjimu daripada hati,
namun kupunya keyakinan diri,
janjimu pasti kan jadi realiti.
Merinduimu mengajar aku erti
SEKSANYA RINDU
Aku tertanya-tanya, kenapa aku menyiksa diri
untuk terus merinduimu. Mungkin kerana,
kaulah 'nur'ku ketika aku teraba-raba menagih
secebis kebahagiaan sejati, mengenal hakikat
kejadian ini. Kaulah yang membawaku
mengenal RABBI dan hanya dengan itulah
kemanisan hidup ini bisa kurasai.
Jiwaku sering merindui hikmah kalimahmu
seorang dae', lantaran itulah ku kan terus
memanjat doa agar kita dipertemukan lagi,
mengikat janji, mendokong risalah ini.
Andai tidak di sini, nun di syurga menanti, jika
kita layak menghuni..."
-Monolog Mak Ngah Siah-

Sunday, May 3, 2009

MOC '09

Muslim Overseas Camp 2009

Date: Late July/early August
Participant: Overseas-bound A-Level students

The objectives:
  1. To deepen the understanding on the fundamentals of tauhid, aqidah, and ibadah in Islam.
  2. To shape students towards becoming more versatile to change, more dynamic and more equipped to face challenges especially in foreign countries.
  3. To give optimum exposure on conditions in the UK, Australia, US etc based on seniors' experiences.
  4. To bring forth and discuss recurring issues to gain sufficient knowledge on wider spectrum.

click for larger view

MOC committee is looking for any kind of contribution to make this camp a success. All contribution can be made directly to As-Saad Musolla account 

0806-80-1000-3952 [Bank Islam]



If you have any further enquiry, feel free to send us an email at 

ky_mocO9@yahoo.com

*m-0-c-zero-nine

or kindly contact us at

[017 2063 646
Mr. Iman
or 

[014 5088 622] Miss Amirah Roslan



We are looking forward for your contribution, call and email.
Thank you
 



p/s: If you have a blog then give us a mention, help us to spread the word about MOC! ;) Thanks!

Saturday, May 2, 2009

ONE~

ONE SONG CAN SPARK A MOMENT
ONE FLOWER CAN WAKE THE DREAM
ONE TREE CAN START A FOREST
ONE BIRD CAN HERALD SPRING
ONE SMILE BEGINS A FRIENDSHIP
ONE HANDCLASP LIFTS A SOUL
ONE STAR CAN GUIDE A SHIP AT SEA
ONE WORD CAN FRAME THE GOAL
ONE VOTE CAN CHANGE A NATION
ONE SUNBEAM LIGHTS A ROOM
ONE CANDLE WIPES OUT DARKNESS
ONE LAUGH WILL CONQUER GLOOM
ONE STEP MUST START EACH JOURNEY
ONE WORD MUST START EACH PRAYER
ONE HOPE WILL RAISE OUR SPIRIT
ONE TOUCH CAN SHOW YOU CARE
ONE VOICE CAN SPEAK WITH WISDOM
ONE HEART CAN KNOW WHAT'S TRUE
ONE LIFE CAN MAKE THE DIFFERENCE
YOU SEE, IT'S UP TO YOU!!!