RSS

Wednesday, May 27, 2009

Muhasabah Cintaku


Salam 'alaik...

Malam ni nak tidur awal. Nawaitu... Menjadi kebiasaan sebelum tidur, playlist yang ada di handphone dibuka. Diputar lagu2 yang ad secara rambang. Musim exam ni, hati cepat je terusik. Kadang tu, orang bergurau pun cepat terasa. Tiada sakeenah lagi.
Wahai Pemilik Nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMU

Tuhan baru kusedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini huharapkan CintaMU

Kata2 cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir2 cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Ilahi
Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMU



Tersentak seketika bila mendengar lagu ini. Rasa kerdil yang teramat. Seorang sahabiah yang memberikan 'Muhasabah Cinta' ni ketika Daurah yang lalu. Pertama kali dengar setelah 3 minggu diperap dalam handphone. Bila dikenang kembali, banyak kaitannya lagu ini dengan diri ini. Daurah yang lalu juga berkaitan dengan lagu ini.

Kami bersama2 menyelami Surah Al-Kauthar(108:1-3), surah yang menjadi pilihan ramai ketika solat. 

"Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak (1)
Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH) (2)
Sungguh, orang2 yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat ALLAH) (3)"

Mentafsir ayat yang pertama, suatu persoalan telah dikemukan oleh seorang muallaf. 


"Apa nikmat yang telah diturunkan ALLAH kepada Nabi Muhammad sedangkan Baginda dahulu selalu ditentang, dipulau, dihina oleh penduduk Makkah. Sedangkan pernah sahabat melihat keadaan usang rumah Rasulullah yang bersaiz 12" x 16", yang tidurnya hanya berlapikkan pelepah daun nipah sedangkan Baginda mampu. Baginda membalas, "Aku takut ALLAH menyoalku, 'Berapa jam engkau tidur?'" Nabi ALLAH ini takut terlepas bangun malam sujud kepada Ilahi. Apa nikmatnya hidup sebegitu???"

Muallaf itu yang ketika itu berada di Masjid Nabawi tertidur sebentar di tiang berhampiran makam Rasulluh bermimpi melihat keadaan rumah Baginda di zaman dulu. Baginda yang sedang duduk tahiyyat akhir, memberi salam dan pusing melihat Muallaf yang sedang terpaku. Baginda tidak senyum, tidak masam, biasa. Tetapi, gambaran wajah Baginda membuatkannya faham akan maksud nikmat yang ALLAH sebutkan dalam ayat pertama surah ini. Air matanya menitik dan beliau terjaga dari lena yang ALLAH berikan.

Apa nikmat itu?

Nabi ALLAH itu diberi PERASAAN nikmat. Perasaan. Jiwanya yang merasa nikmat. Rasa nikmat iman, rasa ingin berkorban. Sifat Qana'ah yang ada, merasa cukup sentiasa. Itulah nikmat yang ALLAH berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Bila ketakwaan di hati, insyaALLAH akan merasa nikmat itu. Sama2lah bermuhasabah sebelum nikmat2 yang ada ditarik.


*Gambar hanyalah selingan...
Moga mendapat iktibar.

0 cakap2: