RSS

Friday, May 30, 2008

Berdosakah aku??!

Untuk pengetahuan rakan2 aku selalu dok bilik Nonie(Daimond Jr.). kat situ, kitorang bela kucing. Namanya Mel(singkatan Comel).Dia dah semakin membesar skrg n naluri kewanitaan semakin mendalam. Semalam dia mengorat seekor jantan ni...N bermulalah tragedi itu...Kami sebagai penjaga dia dah berusaha menghalang perkara ni berlaku, tapi apakan daya...lepas tu, semua macam xnk layan dah Mel..betapa masing2 merasa jijik ngan kucing 2 tp tidakkah kita berasa jijik juga kalau manusia yg melakukannya...


Kalau nak diikutkan, Mel adalah seekor binatang n obviously dia x berdosa tp kita ni manusia yg telah diamanahkan sbg penghulu di muka bumi ini tp mengapa kita berasa jijik ngan manusia2 yang membuat maksiat di merata tempat.Berzina sana sini, zina mata,hati,kaki,tangan... Astaghfirullah...semoga aku dijauhkan dr perkara2 ini...Fikirlah wahai manusia(mudah lupa)...

Monday, May 26, 2008

Physics...

Papa Chew...Banyaknyer yang kuar dr paper past year...yeye...Alhamdulillah ari ni byk soklan leh buat...tak sia2 bersengkang mata sampai pukul 1 revise ap yg dah blaja...pasni nk focus on math je...Tq papa Chew...Luv U...


Sunday, May 25, 2008

Kawankah???!

Hari Jumaat yang lepas, ak bertugas di DotCo. Dengan rela hati, aku melangkah ke arah cafe dengan bertemankan buku Physics Longman milik RC. Punya semangat nak belajar di DotCo, tapi alih2 perkara yang tak dijangka berlaku. Seorang teman telah meminta pendapatku mengenai masalah yang dihadapi dengan temannya baiknya.

Aku bukanlah nak cerita pasal benda tu, private tu. X psl2 kena saman lak. Tapi, memang dah adat bersahabat selisih faham tu memang wajib ada. Tapi, benda yang menjadi masalah tu boleh settle kalau kita berusaha untuk men'settle'kn benda tu. Tapi, kalau sebelah pihak je yang beria2 bekerja keras memberi yang termampu macamana nk settle benda tu. Mungkin sesetengah orang tu x pandai nak meluahkan perasaan atau apa yang dia rasa, ada juga yang rasa dia akan menyushkan kawannya kalau dia luahkan apa yang terbuku di dada.TAPI, kalau kita dah anggap seseorang tu teman baik kita, susah senang haru bersama. yang sebelah pihak tu akan terasa diri dia tak diperlukan dan rasa xguna pon ad..Kan dah menyulitkan keadaan.

Dalam kehidupan kita ni, memang xbley hidup sorg2, nnti org kate kera sumbang lak. kita yang memilih teman, so kita kena terima seadanya teman kita tu. Apa yang terkeluar dari mulut sorg teman ni yg frust dengan situasi ni 'kalau aku bukan kawan dia, ckp je la. aku x sibuk dah hal dia lagi. senang hidup dia.' HONEST penting dalam persahabatan. kita tak suka cara dia, tegur cara berhemah. Biarlah selalu bergaduh tapi kita faham diri masing2. Antara contoh persahabatan yang aku kagum ialah antara Serena ngn Blair dalm Gossip Girl. walaupun citer 2 agak ...,tp mereka dh faham kehendak masing2 n kita sekadar terima seadanya. walau seorng tu selalu buat jahat, kita sebgai teman mesti menasihati,jgn membiarkan.

Membebel lak ak. Tapi ni la pendapat aku.Kalau susah sgt, xyah kwn rpt2, tp bersederhana. Allah pun ada berfirman, Bersederhanalah amu dalam semua keadaan...Esok Physics..So, chow dulu...Wish me luck. U know u luv me...XOXO..Gossip Girl!

Saturday, May 24, 2008

Petang yang Sunyi...

Lepas Zohor aku terus terlelap. Penat sangat ke? Padahal exam IELTS je.Mungkin Tiga jam duduk dalam GH membuatkanku lelah menghadapi paper tu..Setengah jam aku tidur terus terbangun sebab aku terdengar bunyi guruh yang agak kuat. Aku memang tak boleh tidur kalau ada cahaya atau bunyi yang asing. Terkejut terus keluar mengangkat pakaian kat luar.

Terkedu aku bila bangun2 je terdengar lagu Alhamdulillah dendangan Too Phat ngan Yassiin. lagu ni dah lama tapi amat menusuk hati bila mendengarnya. Adakah aku dah cukup bersyukur hidup di dunia ni..
Rasanyer aku tak pernah puas dengan apa yang aku ada. ada kasut yang elok, nak beli kasut baru...aku teringat perbincangan dengan ahli usrahku yang lalu yang membincangkan bala dan bencana. Wit berkata kita perlu bersyukur kerana di negara kita segala yang ada cukup menyelesakan..tak perlu kita merayu bantuan dari negara2 lain.

Dalam kelas English yang diajar Mrs Foord, kami pernah menonton cerita mengenai kekurangan yang ada di negara2 lain contohnya di Ethiopia, Myanmar, Vietnam n Chechya..Sedey tengok diorang...kita kat sini selesa.makan sampai berlebih-lebih..tak sedaplah...agaknya kalu kita selalu ingat mereka semua tu, mesti kita akan bersujud syukur sentiasa dengan apa yang ada...tajuk ceritanya 'Beyond borders'...Muhasabah diri la zay..