RSS

Saturday, May 24, 2008

Petang yang Sunyi...

Lepas Zohor aku terus terlelap. Penat sangat ke? Padahal exam IELTS je.Mungkin Tiga jam duduk dalam GH membuatkanku lelah menghadapi paper tu..Setengah jam aku tidur terus terbangun sebab aku terdengar bunyi guruh yang agak kuat. Aku memang tak boleh tidur kalau ada cahaya atau bunyi yang asing. Terkejut terus keluar mengangkat pakaian kat luar.

Terkedu aku bila bangun2 je terdengar lagu Alhamdulillah dendangan Too Phat ngan Yassiin. lagu ni dah lama tapi amat menusuk hati bila mendengarnya. Adakah aku dah cukup bersyukur hidup di dunia ni..
Rasanyer aku tak pernah puas dengan apa yang aku ada. ada kasut yang elok, nak beli kasut baru...aku teringat perbincangan dengan ahli usrahku yang lalu yang membincangkan bala dan bencana. Wit berkata kita perlu bersyukur kerana di negara kita segala yang ada cukup menyelesakan..tak perlu kita merayu bantuan dari negara2 lain.

Dalam kelas English yang diajar Mrs Foord, kami pernah menonton cerita mengenai kekurangan yang ada di negara2 lain contohnya di Ethiopia, Myanmar, Vietnam n Chechya..Sedey tengok diorang...kita kat sini selesa.makan sampai berlebih-lebih..tak sedaplah...agaknya kalu kita selalu ingat mereka semua tu, mesti kita akan bersujud syukur sentiasa dengan apa yang ada...tajuk ceritanya 'Beyond borders'...Muhasabah diri la zay..

0 cakap2: