RSS

Friday, January 9, 2009

'Tautan Hati' : Antara aku dan dia...


'Bertemu cinta

dalam halaqah,

Hidup lebih indah

terarah,

Menyulam tautan hati

kerana ALLAH,

Terperilah

ikatan akidah...'




Ni le kata2 yg tertera di novel 'Tautan Hati' simpananku... Front page dia yg cukup simple terus memikat hatiku untuk memilikinya walaupun inilah pertama kali kumelihat n meminati novel2 berunsurkan agama.. teringat di kala jualan langsung di malam 'Islamic Cultural n Arts Night'... Sedang bersembang dgn Wany HK, ternampak n tanpa membuang masa, aku beli buku ni... Indahnya di kala itu... Ya, 'Beauty within Simplicity'... Luv in the first sight..




Novel ni sgt bermakna krn ia lah temanku di kala duka, tempatku mencurahkan rasa, menenangkan fikiran... Dan platformku menjadi aku yg lebih bermakna... Dialah yang menyaksikan segala yg berlaku dlm hidupku selama 365 hari... Ke mana2 ku bawa bersama...




Novel ni byk berkaitan dgn ku... membantuku mencari penyelesaian cabaran hidup... Memotivasi ketika iman ku jatuh merudum... mencetus ilham...




Di sini ak sediakan sedikit sinopsis agar dpt dikongsi bersama rakan semua... Diambil dr laman web Telaga Biru.. Terima kasih pada pengarang,Fatimah Syarha dan syukur pada Ilahi kerana memberi ilham kepada beliau...




Sinopsis:
Asiah Yusra , namanya seindah peribadinya. Dirinya begitu istimewa terutama di kalangan rakan-rakannya yang begitu memerlukan madu dakwah untuk disajikan sebagai manisan kehidupan mereka.
.
Pelbagai langkah dakwah yang diatur pada awalnya sentiasa dilanggar badai yang sengaja dihembus iblis sebagai penghalang usaha murninya. Namun, halangan-halangan tersebut dipandang Asiah Yusra hanyalah cabaran kecil yang telah ditentukan Allah s.w.t. sebagai bukti betapa Allah s.w.t. mengurniakan cabaran tersebut hanya kepada hamba-Nya yang dikasihi.
.
Berputus asa seakan-akan tidak wujud dalam kamus hidupnya. Begitulah tingginya tahap keimanan serta kecekalan gadis dari Taman Islam ini. Lagaknya seakan-akan pahlawan silam terunggul Solahuddin Al-Ayyubi. Imtisal, Hana, Laiyyinul Harir, Muslimah (Christine), Wildan dan Aisya Bazella ditaklukinya dengan senjata halaqoh beserta keikhlsan yang menggunung dengan harapan sahabat-sahabatnya itu dapat bergerak seiring dengannya ke jalan yang diredhai.
.
Setiap dari mereka mempunyai masalah yang tersendiri. Imtisal dengan tragedi keluarga yang tak berkesudahan, Hana pula merupakan mangsa keadaan apabila dijodohkan dengan pemuda yang bukan menjadi pilihan hatinya manakala Layyinul Harrir pula hanyut dalam arus percintaan sesama insan yang tidak menjanjikan sebarang kebaikan yang hakiki.
.
Wildan (adik Imtisal) pula merupakan anak gadis yang sering memberontak dek kerana latar belakang keluarganya yang porak peranda manakala Muslimah (Christine) dengan pegangan Kristian yang menebal dan sentiasa menyampaikan ajaran pegangannya dengan cara yang tersendiri. Aisya Bazella pula anak gadis kota yang pengisian hidupnya hanyalah dipenuhi dengan maksiat dan akhirnya terkulai layu di pangkuan haiwan jantan bertopengkan manusia.
.
Walaupun sahabat-sahabatnya itu hadir dari latar-belakang yang berbeza dan penuh pancaroba, Asiah Yusra tidak pernah menganggap mereka sebagai satu beban yang menyusahkan. Sebaliknya, dia percaya dengan proses tarbiah yang berkesan, mereka bukan sahaja boleh diubah, tetapi juga berpotensi untuk menjadi penyambung usahanya dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada mereka yang memerlukannya.
.
Ketika gigih menyebarkan dakwah, Asiah Yusra yang sentiasa mendapat sumber inspirasi dari sahabat sejatinya Elya Khadeeja, didatangi satu lagi cabaran duniawi apabila dirinya mendapat perhatian Umar al-Mujahid dan al-Banna, dua pemuda soleh yang juga berasal dari Taman Islam.
.
Namun, berkat keimanan yang tinggi serta kepercayaan yang menyeluruh bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang wajar dicintai, Asiah Yusra tetap meneruskan usahanya dalam bidang tarbiah di samping bertawakkal serta menyerahkan sepenuhnya kepada yang Esa agar dianugerahkan pasangan hidup yang boleh membawanya ke jalan Allah s.w.t.
.
Adakah usaha tarbiahnya akan berhasil? Bagaimanakah kesudahan hidupnya? Siapakah yang telah ditentukan Illahi untuk menjadi pasangan hidup Asiah Yusra? Al-Banna atau Umar al-Mujahid? Segalanya pasti terjawab sekiranya anda membaca novel sulung keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd. berjudul Tautan hati.
.
Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.
.
Untuk maklumat lanjut mengenai buku ini, sila hubungi 03-26914070 ataupun sila layari www.telagabiru.net.my

7 cakap2:

Anonymous said...

salam..

cam best je buku tu.. nak pinjam ble?

Anonymous said...

Tautan Hati.. Novel pertama yang ana beli menggunakan duit ana sendiri secara sepenuhnya.

Setiap kali orang tanya novel apa yang best, ana akan syorkan buku ni..

Baca, selami dan fahami.. Ana menagis baca buku nih terfikirkan ana begitu jauh dari matlamat asal dan bertapa ana tidak memahami dan merasi nikmat iman itu sendiri..

Huzayfah Hafas said...

waalaikumussalam...

2 Lili,
Dtg le chalet...
Boleh..
Masuk kali ni dah lebih 5 kali khatam...

2 Lil Biruny,
Betul3...Ayat2 cinta pon bagus tetapi ia lebih kepada alam yg lain.. Skrg ni kita menjalani hidup seorang remaja yg masih tercari identiti, konflik belajar n perasaan.... Dalam mencari cinta hakiki.. Novel ni juga yg memberi semangat saya buat blog..hehe..

P/S: terima kasih atas comment2 anda...

Anonymous said...

jiwang jugak ek lil Biruny. mekaceh Zay. InsyaAllah akan saya cuba abeskan Tautan Hati sem ni.

Anonymous said...

Jiwang?? haha.. lili orang yang ke berapa ntah kata macam tu.. Anyway, reading novel is not so called jiwang.. cuma punya hati yang lebih lembut dan prihatin.. Ana membaca novel untuk melatih hati dan melihat persepsi orang lain di samping mengkaji realiti dunia yang sangat kasihan..

Anonymous said...

o bukan jiwang ek. okok... hati yg lembut... mm...

tq Zay sbb postkan entry ni.. ada jugak novel utk dibaca lepas abes Ayat2. Lil Biruny! kalo terbaca buku2 yg best rekemen la. promote kat blog. mcm Zay.

Zay!!! get well soon!

Anonymous said...

sure..