RSS

Saturday, March 28, 2009

It's not the REAL issue!!!(Part I)

26 Rabiulawal(23/03) yg lepas, Bro Shah Kirit dtg ke surau kolej for a talk:Should it be allowed for non-muslims to use word "ALLAH"? Bg sesiapa yg x kenal, Bro Shah ni merupakan Da'wah Officer/Speaker for Islamic Information & Services Foundation(non-profit organization) yg selalu organize interfaith or mcm2 lg aktiviti dlm kerja dakwah. Dia juga merupakan Manager in Saba Islamic Media yg menjual bermacam2 jenis buku berkaitan agama.





IIS comercial video
Isu ni dah lama diperdebatkan, sehingga sekarang masih belum selesai. Saya akan cuba menyampaikan apa yang telah Bro Shah sampaikan pada malam itu.



-Wajarkah orang bukan Islam guna nama "ALLAH"?

Majoriti 2/3 drpd pelajar yang hadir malam tu menyatakan boleh. Saya sendiri pon menyatakan boleh. Bro Shah membentangkan sebab2 mengapa ada yang kata boleh, ada yang mengatakan x boleh sebab ada di antara ulama'2 islam yang berselisih pendapat.


-Boleh


Orang Islam yang membenarkan perkara ini merujuk kepada ayat Al-Quran Surah Az-Zumar(39:38) yang secara ringkasnya Allah berfirman, "jika engkau bertanyakan mereka,'Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?', nescaya mereka menjawab 'ALLAH'." 'Mereka' di dalam ayat ni merujuk kepada non-muslims. Di dalam ayat lain, ahli Kitab ditanya 'Siapakah yang menurunkan hujan?', mereka menjawab,'ALLAH'. Suatu lagi sebab mengapa golongan ini mereka membolehkan penggunaan kalimah 'ALLAH' adalah sirah menceritakan bahawa sebelum Nabi Muhammad s.a.w diutuskan menjadi Khatimul Anbia', orang Quraisy juga menyembah ALLAH selain berhala2 yang lain(menyukutan ALLAH). Dalam Bible Bahasa Arab, page 1 je dah ada 11kali disebut nama ALLAH. Dalam kitab suci orang Sikh pulak, nama ALLAH dekat 40 kali disebut. Ini antara hujah2 yang menyokong pendirian mereka.



-X boleh


Mereka mengatakan bahawa ayat Al-Quran(39:38) di atas hanya menunjukkan mereka pernah berkata, tapi ia tidak memberi kebenaran dalam menggunakan kalimah "ALLAH". Ia hanyalah makluman sahaja. Mereka juga akui memang masyarakat Arab jahilyyah memang menggunakan kalimah "ALLAH", tetapi selepas nabi Muhammad s.a.w diutuskan, makna ALLAH dah dijelaskan pada mereka, lalu mereka xguna dah kalimah "ALLAH".


Ini pandangan kedua-dua belah pihak. Selepas itu, Bro Shah menceritakan pula sejarah atau rentetan peristiwa yang ada kaitan dengan permasalahan ini. Ia bermula pada 16 Mei 1986, di mana Kabinet Malaysia telah meluluskan undang2. Di antara undang2 itu ialah ada 4 perkataan yang hanya penduduk yang beragama Islam sahaja yang boleh guna iaitu ALLAH, Kaabah, Baitullah dan solat kecuali di Pulau Pinang, Melaka(klu xsilap), Sabah n Sarawak.


Namun begitu, pada tahun 1996, masih terdapat lagi Bible terjemahan BM yang mengandungi perkataan2 tersebut. Pada tahun 2007, Kementerian Dalam Negeri(KDN) telah merampas Bible Indonesia yang ada di Malaysia. Selain itu, di dalam surat khabar Khatolik, mereka menggunakan nama ALLAH. Dan hanya baru2 ni(16 Feb 09), KDN telah mengeluarkan penyataan bahawa orang Kristian boleh guna 4 perkataan tersebut dengan syarat di muka depan buku/akhbar/Bible, mestilah diletak "For Christian Only". 27hb, statement dah confirm namun esoknya(28hb), KDN menarik balik kenyataan itu kerana ada kesilapan pemahaman oleh pihak2 tertentu. Orang Christian memprotes dan meminta agar penggunaan perkataan2 itu TANPA SYARAT langsung.


Alasan mereka, penganut Christian Sabah, Sarawak dan orang asli Semenanjung tak fasih English. So, diorang kena terjemah Bible English itu. Tetapi, masalahnya, kenapa mesti menterjemah GOD=ALLAH.


So, kat sini kita dah nampak, penggunaan kalimah "ALLAH" bukanlah persoalan utamanya tetapi,


SHOULD THE WORD "GOD" BE TRANSLATED TO ALLAH??!


Kenapa bukan Tuhan? Kalau betul pun nak guna bahasa Arab, ALLAH adalah kata nama khas while God adalah kata nama am, so jest translate to i'llah, baru sepadan


God = I'llah not ALLAH


Kalau nak ikutkan bahasa, Bible pon bukan dlm English. Dr bahasa asal Bible diturunkan, God=Ywyh. Kenapa mesti guna ALLAH?Apakah?!!


Mereka menentang dgn mengatakan orang Islam xboleh nk monopoly sesuatu perkataan. Ye, itu benar tetapi perkataan yang nak digunakan tu mestilah kena pada sifat2nya. Contoh sifat2 ALLAH, Yang Esa, Yang Satu, bukan 2, bukan 3.


So, selepas itu bila ditanya balik, wajarkah kita sebagai umat Islam membenarkan non-muslim menterjemahkan perkataan "God" kepada "ALLAH"?? Majoriti daripada kami, membangkang!! So, the use of word "ALLAH" by non-muslim is NOT THE REAL ISSUE because the ISSUE THAT WE HAVE TO CONCERN ABOUT IS THE TRANSLATION OF THE WORD "GOD" TO "ALLAH"!

Perbincangan belum habis, saya akan sambung in the next post. Perbincangan seterusnya akan mengemukakan sedikit soalan yang dibincang malam itu dan cara kita untuk menjawab. Ia juga merupakan kelebihan kepada diri kita. Banyak soalan yang menarik.

*Baru saya faham. Maaflah kalau ayat agak tunggang-langgang. Baru belajar... Ada kesilapan, sila tegur. Terima kasih.

Wednesday, March 25, 2009

Rindu...

Mak... Doakan Along ye.

Friday, March 13, 2009

Alhamdulillah

Salam...

Alhamdulillah, result SPM adik saya memuaskan. Dia dpt 6A1 n 4A2. Semoga dia dpt memanfaatkan sebaiknya dengan result yg dia ad, xseperti saya yang terkontang-kanting nk mengisi borang yg mcm2 tuh... Harap segala ilmu yg saya dpt melalui pengalaman yg byk mengajar dpt membantu adik sayang... InsyaALLAH... Tahniah Addin...

Friday, March 6, 2009

Ingatlah orang tersayang!!!

Salam, kawan2...

Buat teman seperjuangan di KYUEM, hari ni kita akan pulang ke pangkuan keluarga masing2. Setelah hampir 1 bulan setengah tidak menjejakkan kaki di kampung halaman, akhirnya mimpi bakal jadi kenyataan. Bila direnung kembali, sudah banyak masa yang dihabiskan demi satu tujuan. Menuntut ilmu. Rasulullah sendiri telah bersabda, ringkasnya, tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China. Oleh itu, janganlah kita melepaskan segala peluang yang ada di kolej ini. Manfaat sebaik mungkin cuti kali ini terutama bagi sesiapa yg mengambil periksa Mei/Jun ini. Peringatan untuk diri sendiri juga. Like what Mr Sutherland has said, "Have a productive holiday."

Sebenarnya nak bercerita tentang seorang rakan ini yang baru je meluahkan apa yang tersirat di hatinya selama ini. Mulanya begini, di kelas ilmu lanjutan mekanik tadi, dia membuat pengakuan bahawa dia seorang yang baran. Dia meluahakan kerisauannya memikirkan masa hadapannya andai dia terus menjadi seorang yang cepat marah. Begini ayatnya,

"Nanti kalau I dh kahwin, habis SEMUA isteri I kena tempias baran I..."

Apakah???? Semua maksudnya berapa orang? Kantoi dia mahu kahwin lebih... Pn Ana kata, jatuh saham dia kat kolej ni. Xde siapalah yang sanggup..Hehe..Sori, 'dia'....Saja buat kenangan waktu cuti.

P/S: Selamat melantak dan hati2 di jalan raya... Ingatlah orang2 tersayang dan yang menyayangi anda...

Wednesday, March 4, 2009

Kekhilafan Diri...

Setelah semalaman saya memikirkan perkara ini, akhirnya saya mengambil keputusan untuk meluahkannya di sini. Mengingati Syahadatul Haq yg telah difahami. Hampir seminggu hati saya tak tenang. Setiap benda yang saya lakukan mesti menemui jalan buntu. Saya rasa mahu menjerit je. Saya cuba atasi dgn cara tersendiri. Antaranya, mengemas chalet yg macam tongkang pecah. Masih tidak puas, saya pergi berjalan sendiri di kawasan kolej, pergi swimming, pergi gym sampai sakit badan. Semuanya menghampakan diri ini.

Petang semalam, sedang hujan makin menggila, saya mengurungkan diri dalam bilik. Waktu itu, tinggal Durga dan saya di dalam chalet. Yang lain keluar. Switch on laptop, shuffle'n lagu2 yg ad dlm simpananku. Semua lagu yg diperdengarkan makin melarakan jiwa. Sonata Musim Salju, Trauma, Unbreak My Heart, Oong Goop Shil, Haeng Bok Ha Gil, Mi Ahn Haeyah Hahnuhn Guhni dan macam2 lagi.

Dalam setengah jam itu, air mata tak henti mengalir. Mungkin kerana terlalu banyak perasaan yang singgah ketika itu. Kecewa, kerna dikhianati. Sedih, kerana ditinggalkan. Rindu, kat mak n abah. Trauma... Ya, trauma dlm mempercayai lelaki. Tiba2, lagu saya berkumandang...
Pernah hati ini terguris,
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris,
Sehingga terasa diri ini hina,
Kerana tiada siapa yang sudi membela..
Kutabahkan hatiku harungi hidup,
Biarpun tiada siapa yang menemani,
Keseorangan aku di lautan sepi,
Ditinggalkan mereka yang aku percayai..
Namun ku tahu ada hikmahnya,
Setiap segala yang menimpa diri,
Kuserahkan segala padaMu Tuhan,
Yang berkuasa jua mencipta,
Kerana engkau Maha Mengetahui,
Segala apa yang terbuku di hati..
Ya Allah tidakku terdaya lagi,
Menahan dugaan yang mencabar ini,
Terasa bagai noktah telah kutemui,
Mengakhiri segala yang telah aku mulai..
Ya Allah engkau lindungilah aku,
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman,
Agar tabahku menghadapi dugaan,
Agar tidakku berhenti di pertengahan..
Kini di sini aku berdiri,
Bersama harapan yang tulus suci,
Agar terbitlah kembali menteri pagi,
Setelah malamku berkalut benci..


Hati ini bagai disiram air sungai yang sejuk mengalir. Lemah rasa jiwa mengingatkan dosa2 yang telah lakukan. Saya alpa dalam menunaikan tanggungjawab. Saya sayangkan segala kejahilan yang patut tiada dlm jiwa seorang muslim. Saya lupa kerana apa keberadaan saya di dunia yang penuh dosa and noda ini... YA ALLAH... ampunilah kekhilafan hambuMu yg hina ini... Saya lemah... Saya jahil... Saya rindukan cahayaMu, Ya Rabbi...


Tuesday, March 3, 2009

It's about saving the 'POWER'!!!

Demi menyahut seruan Kak Yam, saya dengan rela hatinya menukar layout blog saya yang dicintai ini. Mujurlah internet connection tersangat elok ptg ini. Semoga layout yg terbaru ni menjadi 'driving force'(Kerna Kak Yam) saya dlm meng'update blog selalu...


Saya nk study mcm org lain... Saya nak kiasu... Sesiapa ad tips menjadi kiasu terbaik, tolong hantar kpd saya... Terima kasih...(Mesej ni ditujukan khas kpd Mr N...*tuan badan, jgn lupa ajar saya cara ber'kiasu' yg betul!*)