RSS

Wednesday, March 4, 2009

Kekhilafan Diri...

Setelah semalaman saya memikirkan perkara ini, akhirnya saya mengambil keputusan untuk meluahkannya di sini. Mengingati Syahadatul Haq yg telah difahami. Hampir seminggu hati saya tak tenang. Setiap benda yang saya lakukan mesti menemui jalan buntu. Saya rasa mahu menjerit je. Saya cuba atasi dgn cara tersendiri. Antaranya, mengemas chalet yg macam tongkang pecah. Masih tidak puas, saya pergi berjalan sendiri di kawasan kolej, pergi swimming, pergi gym sampai sakit badan. Semuanya menghampakan diri ini.

Petang semalam, sedang hujan makin menggila, saya mengurungkan diri dalam bilik. Waktu itu, tinggal Durga dan saya di dalam chalet. Yang lain keluar. Switch on laptop, shuffle'n lagu2 yg ad dlm simpananku. Semua lagu yg diperdengarkan makin melarakan jiwa. Sonata Musim Salju, Trauma, Unbreak My Heart, Oong Goop Shil, Haeng Bok Ha Gil, Mi Ahn Haeyah Hahnuhn Guhni dan macam2 lagi.

Dalam setengah jam itu, air mata tak henti mengalir. Mungkin kerana terlalu banyak perasaan yang singgah ketika itu. Kecewa, kerna dikhianati. Sedih, kerana ditinggalkan. Rindu, kat mak n abah. Trauma... Ya, trauma dlm mempercayai lelaki. Tiba2, lagu saya berkumandang...
Pernah hati ini terguris,
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris,
Sehingga terasa diri ini hina,
Kerana tiada siapa yang sudi membela..
Kutabahkan hatiku harungi hidup,
Biarpun tiada siapa yang menemani,
Keseorangan aku di lautan sepi,
Ditinggalkan mereka yang aku percayai..
Namun ku tahu ada hikmahnya,
Setiap segala yang menimpa diri,
Kuserahkan segala padaMu Tuhan,
Yang berkuasa jua mencipta,
Kerana engkau Maha Mengetahui,
Segala apa yang terbuku di hati..
Ya Allah tidakku terdaya lagi,
Menahan dugaan yang mencabar ini,
Terasa bagai noktah telah kutemui,
Mengakhiri segala yang telah aku mulai..
Ya Allah engkau lindungilah aku,
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman,
Agar tabahku menghadapi dugaan,
Agar tidakku berhenti di pertengahan..
Kini di sini aku berdiri,
Bersama harapan yang tulus suci,
Agar terbitlah kembali menteri pagi,
Setelah malamku berkalut benci..


Hati ini bagai disiram air sungai yang sejuk mengalir. Lemah rasa jiwa mengingatkan dosa2 yang telah lakukan. Saya alpa dalam menunaikan tanggungjawab. Saya sayangkan segala kejahilan yang patut tiada dlm jiwa seorang muslim. Saya lupa kerana apa keberadaan saya di dunia yang penuh dosa and noda ini... YA ALLAH... ampunilah kekhilafan hambuMu yg hina ini... Saya lemah... Saya jahil... Saya rindukan cahayaMu, Ya Rabbi...


1 cakap2:

Mama Hazim said...

subhanallah.
semoga Allah berimu kekuatan,adikku.

menangislah di bahuku, tapi tentunya Tuhan lebih mengetahui kalbumu.

namun begitu, saya sedia membantu!!
^__^