RSS

Friday, March 6, 2009

Ingatlah orang tersayang!!!

Salam, kawan2...

Buat teman seperjuangan di KYUEM, hari ni kita akan pulang ke pangkuan keluarga masing2. Setelah hampir 1 bulan setengah tidak menjejakkan kaki di kampung halaman, akhirnya mimpi bakal jadi kenyataan. Bila direnung kembali, sudah banyak masa yang dihabiskan demi satu tujuan. Menuntut ilmu. Rasulullah sendiri telah bersabda, ringkasnya, tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China. Oleh itu, janganlah kita melepaskan segala peluang yang ada di kolej ini. Manfaat sebaik mungkin cuti kali ini terutama bagi sesiapa yg mengambil periksa Mei/Jun ini. Peringatan untuk diri sendiri juga. Like what Mr Sutherland has said, "Have a productive holiday."

Sebenarnya nak bercerita tentang seorang rakan ini yang baru je meluahkan apa yang tersirat di hatinya selama ini. Mulanya begini, di kelas ilmu lanjutan mekanik tadi, dia membuat pengakuan bahawa dia seorang yang baran. Dia meluahakan kerisauannya memikirkan masa hadapannya andai dia terus menjadi seorang yang cepat marah. Begini ayatnya,

"Nanti kalau I dh kahwin, habis SEMUA isteri I kena tempias baran I..."

Apakah???? Semua maksudnya berapa orang? Kantoi dia mahu kahwin lebih... Pn Ana kata, jatuh saham dia kat kolej ni. Xde siapalah yang sanggup..Hehe..Sori, 'dia'....Saja buat kenangan waktu cuti.

P/S: Selamat melantak dan hati2 di jalan raya... Ingatlah orang2 tersayang dan yang menyayangi anda...

0 cakap2: