RSS

Saturday, May 30, 2009

Wahai Jiwa Yang Tenang~~~


P/S:Post ni diambil dr blog teman saya, Syaidatul Syakila yg berada di Cairo. Harap kita sama dpt manfaat drnya. Tq, Akie!!! [link]

********
Assalamualaikum wbt.

Allahu akbar,Allahu akbar!


Kedengaran laungan azan subuh berkumandang. Memuji-muji nama Tuhannya dan memanggil-manggil hambaNya untuk menunaikan kewajipan yang satu itu. Sumayyah memejamkan matanya menghayati setiap bait kalimah suci yang dilaungkan oleh mu'azzin sambil mulutnya terkumat-kamit menjawab azan.


--Sabda Rasulullah s.a.w :“Apabila kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh muazzin itu sendiri.”--


Azan yang kedengaran dari masid-masjid yang jarak antara satunya tidak kurang dari satu kilometer menggemakan ruang angkasa. Dia seperti tenggelam di dunia sendiri. Menghayati ketenangan subuh nan hening.


Assolatu khairu min al-naum..Assolatu khairu min al-naum..


Matanya tercelik. Ya, solat itu lebih baik daripada tidur. Bangkitlah! Bangkitlah semua! Bangkitlah demi meramaikan masjid-masjid dan berjemaah. Agar musuh-musuh Allah gerun dan gentar melihatmu yang bersusun elok berbaris-baris di dalam saf. Simbolik kepada kukuhnya benteng Islam oleh para mujahid yang merindukan syahid yang abadi. Yang mendamba syurga-Nya yang cantik menghijau dan mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan bidadari-bidadari yang bermata indah laksana mutiara yang tersimpan baik.


--"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikn zakat dan tidak takut (kepada apapun) kecuali Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk" (at-Taubah : 18)--


--Ibnu Abbas r.a. berkata: Barangsiapa mendengar suara muazzin, sedangkan dia tiada menjawabnya (menurut pergi sembahyang berjemaah), nyatalah ia tiada mencintai kebaikan, dan tentu sekali kebaikan juga tidak akan mencintainya.--


Allahu akbar, Allahu akbar!
Laa ilaha illallah..


Sumayyah menadah tangan berdoa.


--“Ya Allah, Tuhannya doa yang sempurna ini, dan juga solat yang berdiri ini. Kurniakanlah Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji (Maqam Mahmud) yang Engkau janjikan baginya.”--


Dia kemudian bangun menunaikan solat sunat qobliyah dua rakaat. Solat sunat yang lebih baik dari dunia dan seluruh isinya. Memohon dalam doanya agar hari-hari yang dilaluinya setenang subuh yang penuh dengan rahmat Al-Mutakbbir.


"Sudah siap semua?," Atiqah sahabatnya bertanya pada ahli beitnya yang lain. Sejadah-sejadah yang siap terbentang menanti dahi-dahi yang akan bertemu dengan mereka ketika sujud.


--“..Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keredhaan-Nya. Pada wajah mereka tampak tanda-tanda bekas sujud..” (al-Fath: 29)--


Mereka bersiap sedia untuk berjemaah bersama seperti lazimnya.


--Sabda Rasulullah s.a.w :“Sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang bersendiri dengan 27 darjat.”--


Atiqah melantunkan iqamah sementara yang lain bersiap siaga berdiri dengan betul untuk menunaikan solat.


"Allahu akbar!"


Sumayyah mengimami dengan tetib. Selepas Al-Fatihah dibacakannya surah as-Shams pada rakaat pertama seperti mengalu-alukan kedatangan mentari dan siang. Suaranya gemersik, bacaannya sungguh mengasyikkan. Tajwid dan tartilnya sempurna. Mendamaikan jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Hatinya penuh khusyuk menghayati bait-bait kalamullah yang agung.


"Assalamualaikum warahmatullah.."


--"Sungguh beruntung orang-orang beriman. (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya" (al-Mu'minun : 1-2)--


Mulutnya terkumat-kamit beristighfar selepas menyudahkan salam. Sumayyah mengimami bacaan ma'thurat yang mereka lazimi setiap hari seusai solat subuh dan solat asar.


--"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada malam hari dan setiap selesai solat " (Qaf:39-40)--


Sumayyah membacakan doa. Biarpun dalam bahasa arab, bacaannya penuh khusyuk dengan penuh pengertian dan pemahamam terhadap apa yang diminta pada Rabbnya. Sebak mencengkam dada setiap jemaah. Dan Sumayyah tetap kalah dengan airmatanya.


"Taqabbalallahu minna wa minkum. Taqabbal Ya Karim.."


Mereka bersalam dan berpelukan sambil doa meniti di bibir-bibir mereka.


"Allahumaghfirli zunubi wal li ukhti. Wahai Allah, ampunilah dosaku dan saudaraku"


Sumayyah mencapai mushaf coklat kesayangnnya. Diselaknya pada mukasurat yang berpenanda. Salah satu surah kegemarannya yang acapkali dibaca setiap pagi. Surah ke 89, Surah al-Fajr.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1.Demi fajar.

2.Demi malam yang sepuluh.

3.Demi yang genap dan yang ganjil.

4.Demi malam apabila berlalu.


Bacaannya seiring dengan kicauan burung yang mula keluar mencari rezeki. Hatinya rasa tenang.

Ayat-ayat terakhir surah al-Fajr dibaca berulang-ulang kali.

27.Wahai jiwa yang tenang! 

28.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.

29.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu.

30.Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.



Wahai jiwa yang tenang!

Hatinya bagai terusik tatkala membacakan ayat ini. Seolah-olah dipanggil dengan penuh kemesraan. Memanggil-manggil hamba-Nya yang tenggelam di lautan cinta-Nya dengan penuh keredhaan. Adakah dia turut terpanggil?


Wahai jiwa yang tenang! 

Tenangkah jiwanya?

Tenangkah jiwanya tatkala berdepan dengan qada' dan qadar Rabbnya.
Tenangkah jiwanya tatkala diuji dengan kesusahan dan kesempitan.
Tenangkah jiwanya takala diuji dengan kesenangan dan kenikmatan.
Tenangkah jiwanya tatkala diuji dengan kekecewaan dan kegagalan.
Tenangkah jiwanya tatkala diseru untuk menunaikan kewajipan yang terpundak di bahunya.
Tenangkah jiwanya?


Wahai jiwa yang tenang!

Yang sentiasa redha akan ketentuan Al-Qahar..
Yang sentiasa yakin akan janji-janji Ar-Rahman..
Yang sentiasa berteduh di bawah lembayung Ar-Rahim..


Wahai jiwa yang tenang!

Yang sentiasa teguh iman dan ketaatannya pada Al-Khaliq..
Yang sentiasa bergantung harap pada Al-Muhaimin..
Yang sentiasa merindui syurgaNya yang di bawahnya mengalir sungai-sungai..
Syurga yang menjanjikan ketenangan yang takkan pernah padam..
Syurga yang akan kekal di dalamnya selama-lamanya..


Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya..

Sodaqallahul azim..


Friday, May 29, 2009

Doakan Muhammad Nabil bin Marwan~~~

"Assalamualaikum...utk pngthuan,shbt kte nabil
 kna chikungunya. hr 2 da kuar hospital tp skg ni kna
 serg blik,bdn pns n drh kuar dr telinga.sama2 kte
 doakn..4wd.."

2 sms saya dpt dr 2 teman di SBP Integrasi Jempol. Hilang terus mamai. Nabil... Muhammad Nabil bin Marwan. Kami sekelas dulu time form 4. Dia dr SMA Sg Haji Dorani(SAMJIDO) n saya dr SMKASL. Dekat tp xpernah kenal. Time daftar dlu, rupa2nya ayah kami kenal. Duduk Sabak Bernam tp jumpa di Negeri Sembilan.

Nabil memang seorang anak murid yang baik, teman yang penyabar n pemimpin yg sgt disegani di sek. Xpernah ad benda buruk pasal dia keluar dr mulut bdk sek kami. Dia amatlah terror BAT, PQS n PSI. Apa2 je, mesti rujuk dia. n dia JAWA!!!(tetiba) Dia Ketua Pengawas. Wakil sek PING PONG, BADMINTON, NASYID n TILAWAH AL-QURAN. N terror giler main tennis.

Okay, stop pasal dia. Ingat lagi kat sekolah time satu kelas dgn dia. Saya duduk sebelah Aimi Nabilah, Nabil duk sebelah Ahmad Fitrie,my best fren. Saya, Nabil dan Fitrie jawa, Aimi banjar. So, kalu kami 3 org ckp jawa, Aimi terpinga2 sorang. I miss them. Diorang semua kat UIA. Aimi n Nabil bru keluar dr Darul Quran.

Tak sedar bila terlena.

And, tak sampai 10 minit td, smpi lg satu mesej,

"updte - nabil skrg dkuarntin.pnykt xtau lg.tp
suspek anemia.td dia bru bg kbnrn utk doktor ambk
air tulg blkg.mgkn isnin bru dpt buat n tau pnykt
sbnr.buat mse skrg mata dia kabur n dpt cam pd jrk
5-7cm je.die bleh ckp n ingt ap yg blaku.sblh bdn xleh
gerak,tp dpt rse ble sentuh.mntk smue doakan
kesejahteraan nabil...(info dr khairul asyraf)"

Rasa insaf bertimpa2. Harapnya sesiapa yg membaca blog ni, mintalah sama2 doakan untuk kesejahteraan dia. Mungkin dialah di antara yang bakal pendukung Islam di akhir zaman ini, demi memartabatkan Islam di muka bumi ini.

Ya ALLAH, KAU berikanlah yang terbaik untuknya.
 
Form 4

Form 5

*Terngiang2 nasyid doa rabitah hati yang sering dialunkannya di surau SBPIJ.

Wednesday, May 27, 2009

Muhasabah Cintaku


Salam 'alaik...

Malam ni nak tidur awal. Nawaitu... Menjadi kebiasaan sebelum tidur, playlist yang ada di handphone dibuka. Diputar lagu2 yang ad secara rambang. Musim exam ni, hati cepat je terusik. Kadang tu, orang bergurau pun cepat terasa. Tiada sakeenah lagi.
Wahai Pemilik Nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMU

Tuhan baru kusedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini huharapkan CintaMU

Kata2 cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir2 cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Ilahi
Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMU



Tersentak seketika bila mendengar lagu ini. Rasa kerdil yang teramat. Seorang sahabiah yang memberikan 'Muhasabah Cinta' ni ketika Daurah yang lalu. Pertama kali dengar setelah 3 minggu diperap dalam handphone. Bila dikenang kembali, banyak kaitannya lagu ini dengan diri ini. Daurah yang lalu juga berkaitan dengan lagu ini.

Kami bersama2 menyelami Surah Al-Kauthar(108:1-3), surah yang menjadi pilihan ramai ketika solat. 

"Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak (1)
Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH) (2)
Sungguh, orang2 yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat ALLAH) (3)"

Mentafsir ayat yang pertama, suatu persoalan telah dikemukan oleh seorang muallaf. 


"Apa nikmat yang telah diturunkan ALLAH kepada Nabi Muhammad sedangkan Baginda dahulu selalu ditentang, dipulau, dihina oleh penduduk Makkah. Sedangkan pernah sahabat melihat keadaan usang rumah Rasulullah yang bersaiz 12" x 16", yang tidurnya hanya berlapikkan pelepah daun nipah sedangkan Baginda mampu. Baginda membalas, "Aku takut ALLAH menyoalku, 'Berapa jam engkau tidur?'" Nabi ALLAH ini takut terlepas bangun malam sujud kepada Ilahi. Apa nikmatnya hidup sebegitu???"

Muallaf itu yang ketika itu berada di Masjid Nabawi tertidur sebentar di tiang berhampiran makam Rasulluh bermimpi melihat keadaan rumah Baginda di zaman dulu. Baginda yang sedang duduk tahiyyat akhir, memberi salam dan pusing melihat Muallaf yang sedang terpaku. Baginda tidak senyum, tidak masam, biasa. Tetapi, gambaran wajah Baginda membuatkannya faham akan maksud nikmat yang ALLAH sebutkan dalam ayat pertama surah ini. Air matanya menitik dan beliau terjaga dari lena yang ALLAH berikan.

Apa nikmat itu?

Nabi ALLAH itu diberi PERASAAN nikmat. Perasaan. Jiwanya yang merasa nikmat. Rasa nikmat iman, rasa ingin berkorban. Sifat Qana'ah yang ada, merasa cukup sentiasa. Itulah nikmat yang ALLAH berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Bila ketakwaan di hati, insyaALLAH akan merasa nikmat itu. Sama2lah bermuhasabah sebelum nikmat2 yang ada ditarik.


*Gambar hanyalah selingan...
Moga mendapat iktibar.

Saturday, May 23, 2009

Hijrahkanlah diri ini...

Permaidani - Aris Ariwatan




Rimbunan redup kasihMU
KAU tempatku berpayung
di manakah lagi
dapatku rebahkan 
rasa gundah ini

nun KAU teguh di sana 
pengasih dan penyayang
pun kumasih terleka
meneguk ihsanMU
waluku sedari

oh nyamannya 
bila di pelukan rindumu
mengimbaulah sentosa

rentangkan ku permaidani
dari baldu berwarna putih
moga takku terasakan 
cubaan yg kugalas ini
kepadaMu titianku
hijrahkanlah diri ini

nun KAU teguh di sana 
pengasih dan penyayang
pun kumasih terleka
meneguk ihsanMU
waluku sedari

oh nyamannya 
bila di pelukan rindumu
mengimbaulah sentosa

rentangkan ku permaidani
dari baldu berwarna putih
moga takku terasakan 
cubaan yg kugalas ini
kepadaMu titianku
hijrahkanlah diri ini


P/S: Lagu ni byk makna tersirat...

Saturday, May 16, 2009

KPM Students => Happy Teacher's Day

Salamálaikum...

Bersempena Hari Guru yang disambut di seluruh Malaysia. Saya ingin mengucapkan

"SELAMAT HARI GURU
Semoga diberkati di dunia dan di akhirat, wahai GURU2 sekalian..."

************

Buat Pelajar2 tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia pula(xkira di mana jua),

Yang berada di dalam musim peperiksaan, lakukan yang terbaik. Ingat kembali matlamat kita! Kitalah bakal pendidik di masa hadapan. Banyak yang perlu persiapkan bagi mendidik anak2 bangsa yang semakin cerdik. Jangan cepat putus asa. Sekarang kita sedang bertarung dgn paper A level, belum lagi cabaran2 di luar sana, di sekolah2 yang menempatkan pelbagai ragam murid2 yang sedang menunggu kita. Kita boleh buat. Buktikan budak2 KPM bukan seperti yang orang katakan!!! Buktikan! Inilah masanya, teman2.

Bagi full-time Muslim n part-time teacher, this is our chance to fullfil our objectives live in this world. Beribadat kepada ALLAH dan menjadi KHALIFAH di muka bumi ini. Matlamat kita adalah DAKWAH, agar ramai lagi yang mengenal ISLAM kaffah. Kita yang bakal membentuk INDIVIDU MUSLIM, seterusnya BAITUL MUSLIM, demi mencapai USTAZIYATUL ÁLAM!!! Berusaha sehabis daya. Serahkan segalanya pada ALLAH!! Semoga ALLAH permudahkan urusan kita hendaknya. Amiin...

Akhir kata,

"CHIAYOKKK!!!!!"

Thursday, May 14, 2009

Menumpang Kasih Ibu Kucing

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Balik dari kelas Physics, singgah di cafe sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Admin. Berniat untuk mengambil kotak kosong.

"Kesian Muffin, X pasal2 xde laci."

Sampai chalet, bersiap apa yang patut. Terus menuju ke chalet sebelah.

Meow...meow... Ibu ada kat sebelah, menguis-nguis pintu chalet Muffin.

"Assalmualaikum..."

"Kak Zay, kenapa?" jawab Muffin. Ibu terus masuk dalam chalet.

"Muffin, akak bawak kotak. Kamu mesti nak guna balik laci 2. Akak nak masukkan anak2 dlm kotak ni." 

Kami terus menuju ke arah kucing2 itu. Setelah selamat dipindahkan, tibalah masa untuk merawat luka di kepala ibu. Kesian ibu, dia terluka waktu bunting. Nasib tak gugur. Lepas tu, buat susu untuk ibu, nanti ibu nak bagi anak2 minum susu pula.

Anak2

Mulanya, ibu tak nak minum. Tak lama kemudian, ibu terus menghabiskan susu tersebut. Kesian ibu, lapar. Ibu masuk dalam kotak terus membaringkan diri bagi memudahkan anak2 menghisap susu. Sangat prihatin. Mereka sudah selamat. 

Tiba2, guruh berdentum kuat. Si ibu yang baru mula terlena bersama cahaya matanya tersentak. Anak2 mula mengeow ketakutan. Si ibu terus memeluk anak2nya. Terasa begitu terharu melihat adegan2 tersebut. Tak sedar air mata dah bergenang. Mungkin terlalu rindu dengan mak di kampung.

Kasib ibu

"Ibu, saya tumpang kasih ibu kat sini ye."

Si ibu mengeow seperti mengiakan apa yang saya katakan sebelum tertidur kembali bersama anak2nya. Biarlah dingin petang ini mendamaikan hati sebuah keluargamu, ibu.

Friday, May 8, 2009

~Monolog~


"Aku dan dia,
diintai sang kumbang setia,
kerana lumrah menjadi sang bunga,
menarik dan mempesona.
ANTARA DUA BUNGA REBUTAN
Inginku menjadi sang mawar di taman,
cantik menawan,
duri berceracakan,
bukan sang dedap di hutan,
meskipun indah luaran,
baunya tidak tertahan."
-Monolog Layyinul Harir-

***************************************************************************

"Hargai apabila berdua,
Sayangi apabila bersama,
Maafkan apabila terluka,
Rindui apabila jauh di sana,
Fahami apabila berprasangka,
Ingati saban ketika,
Kerana ALLAH kasih tercipta."
-Asiah Yusra-

***************************************************************************

"Janji yang terpateri,
akan kubawa meniti hari,
walaupun peritnya tak tertanggung kuhadapi,
lantaran jalan hidup ini terlalu berduri,
pernah hampir kukuburkan janjimu daripada hati,
namun kupunya keyakinan diri,
janjimu pasti kan jadi realiti.
Merinduimu mengajar aku erti
SEKSANYA RINDU
Aku tertanya-tanya, kenapa aku menyiksa diri
untuk terus merinduimu. Mungkin kerana,
kaulah 'nur'ku ketika aku teraba-raba menagih
secebis kebahagiaan sejati, mengenal hakikat
kejadian ini. Kaulah yang membawaku
mengenal RABBI dan hanya dengan itulah
kemanisan hidup ini bisa kurasai.
Jiwaku sering merindui hikmah kalimahmu
seorang dae', lantaran itulah ku kan terus
memanjat doa agar kita dipertemukan lagi,
mengikat janji, mendokong risalah ini.
Andai tidak di sini, nun di syurga menanti, jika
kita layak menghuni..."
-Monolog Mak Ngah Siah-

Sunday, May 3, 2009

MOC '09

Muslim Overseas Camp 2009

Date: Late July/early August
Participant: Overseas-bound A-Level students

The objectives:
  1. To deepen the understanding on the fundamentals of tauhid, aqidah, and ibadah in Islam.
  2. To shape students towards becoming more versatile to change, more dynamic and more equipped to face challenges especially in foreign countries.
  3. To give optimum exposure on conditions in the UK, Australia, US etc based on seniors' experiences.
  4. To bring forth and discuss recurring issues to gain sufficient knowledge on wider spectrum.

click for larger view

MOC committee is looking for any kind of contribution to make this camp a success. All contribution can be made directly to As-Saad Musolla account 

0806-80-1000-3952 [Bank Islam]



If you have any further enquiry, feel free to send us an email at 

ky_mocO9@yahoo.com

*m-0-c-zero-nine

or kindly contact us at

[017 2063 646
Mr. Iman
or 

[014 5088 622] Miss Amirah Roslan



We are looking forward for your contribution, call and email.
Thank you
 



p/s: If you have a blog then give us a mention, help us to spread the word about MOC! ;) Thanks!

Saturday, May 2, 2009

ONE~

ONE SONG CAN SPARK A MOMENT
ONE FLOWER CAN WAKE THE DREAM
ONE TREE CAN START A FOREST
ONE BIRD CAN HERALD SPRING
ONE SMILE BEGINS A FRIENDSHIP
ONE HANDCLASP LIFTS A SOUL
ONE STAR CAN GUIDE A SHIP AT SEA
ONE WORD CAN FRAME THE GOAL
ONE VOTE CAN CHANGE A NATION
ONE SUNBEAM LIGHTS A ROOM
ONE CANDLE WIPES OUT DARKNESS
ONE LAUGH WILL CONQUER GLOOM
ONE STEP MUST START EACH JOURNEY
ONE WORD MUST START EACH PRAYER
ONE HOPE WILL RAISE OUR SPIRIT
ONE TOUCH CAN SHOW YOU CARE
ONE VOICE CAN SPEAK WITH WISDOM
ONE HEART CAN KNOW WHAT'S TRUE
ONE LIFE CAN MAKE THE DIFFERENCE
YOU SEE, IT'S UP TO YOU!!!

Friday, May 1, 2009

A Letter to My sisters


www.iluvislam.com

oleh:everjihad

I sat in the car that night, after the blessed day of Eid, and watched you while my heart tore to shreds. You were so pretty, so confident, so relaxed as you strolled across the street while your "boyfriend" casually rested his arm on your shoulder. How I longed to get out of the car, take anything I could get my hands on, and cover you with it, that I might conceal some of what you deemed prudent to reveal and save you from being the object of lustful gazes. 


Sure, your jeans fitted well, like a second skin, and your bare shoulders glistened beneath the street lights. No doubt, the effect you had aimed to achieve had been realized, but was Allah pleased with the effect you produced?

That "look" that you spend such a lot of time cultivating — tell me, what will be its end? All of us at last will enter a dark and lonely earth-filled grave, where your body that you spent so much time trying to perfect for the eyes of others will be food for the worms and ants.

The music that blared from the speakers of the car that you had emerged from shook the very earth beneath me, but undoubtedly an earthquake from Allah would have shook the ground even more. Where would that have left us, my dearest sister? Are you ready to meet your Lord?

And then the Adhan rang out. Not one of your friends switched off their thumping music. The call, sent to us by Allah since the time of His blessed Prophet, fell on deaf ears that were accustomed to the voice of Shaytan alone.

And I cried as I thought of our Prophet (peace and blessings of Allah upon him) wandering the streets of Ta'if, calling towards the Oneness of God, towards a path that you have been blessed with, without any effort on your part. I cried as I pictured the stones from street urchins hitting his blessed body. Could you imagine yourself to be one of those who cast stones at the beloved of Allah and said to him, "Your way is not for me. Go, for I am at peace with what I have found. My desires reign supreme." Could it be that you are thinking like them — those who drew blood from his blessed body and caused his shoes to stick to his feet because of the excessive blood flowing into them?

I had to stifle the urge to get out of the car, stand in the middle of the street, and shout at all of you to stop! For Allah's sake — stop! My dearest sister, I love you. More than anything, I desire success for you. And what is success? Is it attracting the glance of men who desire you for nothing more than your body? Is it going out and having a "good time"? I would never want to see you suffer. But time has taught me that the path you are on is a slippery one that leads to nothing more than misery.

Once upon a time, I too believed that there was nothing more to life than having "fun." I too reveled in male attention that gave me a sense of self-worth — until I found purpose.

"What is purpose?" you ask. One word — Allah and following His way. That means leading a life filled with service to mankind and spreading goodness. No amount of male attention is going to fill that emptiness, the void left by not having Allah in your life.

I will pray for you and keep hoping that we will someday be friends in Paradise. Ameen. Until then, I'm ready to help you in any way. I am your sister in Islam.

Article by : Saaleha Bhamjee